Ladang Farm Fresh Perak di Pondok Tanjung, Selama yang mula dibangunkan pada 2020 merupakan antara fasiliti tenusu paling moden di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran 33,000 liter susu sehari.
Industri tenusu di Perak berpotensi besar dalam menyumbang kepada keterjaminan makanan negara selari dengan matlamat nasional dalam pengeluaran makanan segara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan dunia atas usaha Malaysia dalam merintis jalan perdamaian antara Thailand dan Kemboja sebelum ini merupakan hasil kerjasama semua pihak dalam Kerajaan MADANI.
Menghormati Jalur Gemilang bukanlah soal bangsa, warna kulit, agama, apatah lagi kabilah kepartian namun ia tanggungjawab rakyat Malaysia bagi memahami erti sebuah negara merdeka.
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah meriah dengan kehadiran orang ramai, menyemarakkan semangat patriotisme menjelang Hari Kebangsaan ke-68. -MGPerak
Penambahbaikan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik dan Jeli antara perkara yang akan diberi tumpuan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam Belanjawan 2026.
Jambatan Manong yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong di Kampung Simpang Melembu, dekat sini, kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Muzzaffar Shah.
Kakitangan Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang Jalur Gemilang menggunakan lori kren bagi menghiasi Dataran Bandaraya Ipoh, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 pada 31 Ogos ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" -MGPerak
Kerajaan Perak sedang bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk dijadikan tempat perlindungan haiwan, sebagai sebahagian daripada usaha menangani peningkatan populasi haiwan jalanan di negeri ini.