BERMULA dengan hanya menghasilkan produk makanan sejuk beku secara kecil-kecilan, jenama Naim Dim Sum Frozen Food atau Naim Dim Sum kini semakin berkembang apabila mendapat permintaan tinggi dari pelbagai negeri di Semenanjung.
Seorang pendawai elektrik terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis melepaskan dan membebaskan pertuduhan ke atasnya membenarkan pokok ganja ditanam di sebuah rumah, tiga tahun lalu.
KEBERANIAN keluar daripada zon selesa menjadi titik permulaan kepada seorang anak muda dalam membina perniagaan kopi sendiri sehingga berjaya mengembangkannya kepada dua cawangan dalam tempoh kurang setahun di sekitar Bandar Raya Ipoh.
MENGANGGAP tugas sebagai siak bukan sekadar pekerjaan atau tanggungjawab harian membolehkan Saharudin Hashim, 72, menggalas amanah berkenaan lebih 40 tahun di Masjid Jamek Chemor, Ipoh.
DIUJI dengan kehilangan anak ketika baru berusia empat bulan serta pengalaman menjaga ibu mentua yang menghidap demensia menjadi titik tolak buat Norhidayah Roni untuk menceburi bidang perkhidmatan penjagaan pesakit dan warga emas atau ‘caregiver’.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina @ Meru di sini hari ini.
Keperibadian dan jati diri Nabi Muhammad SAW wajar dijadikan contoh terbaik oleh umat Islam dalam membentuk identiti Muslim yang kukuh, berteraskan iman, ilmu, akhlak serta prinsip yang tidak mudah digugat.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru supaya pemimpin Islam mengurangkan persengketaan dan meminimumkan kegiatan politik, sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha memperkasa identiti ummah.