Video PRK Ayer Kuning

MGPerak: Penduduk Ayer Kuning Sambut Baik Kemenangan Ustaz Yusri

Kemenangan Dr Mohamad Yusri Bakir dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada Sabtu disambut baik penduduk setempat.

MGPerak: Ayer Kuning Kekal Kubu Barisan Nasional

Barisan Nasional berjaya memperoleh kemenangan, menandakan kepercayaan berterusan daripada pengundi di kawasan DUN Ayer Kuning.

MGPerak: Tidak Tunggu Lama Ustaz Yusri Jalan Tanggungjawab Wakil Rakyat Ayer Kuning

Dr Mohamad Yusri Bakir hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan meninjau projek baik pulih rumah yang didiami seorang warga emas di Kampung Jawa Batu Masjid, di sini.

MGPerak: ‘Saya Akan Bimbing Ustaz Yusri Jadi Wakil Rakyat Yang Baik’ – Saarani

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan membimbing Dr Mohamad Yusri Bakir menjadi wakil rakyat bertanggungjawab kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

MGPerak: Ustaz Yusri Syukur Dipilih Wakil Rakyat, Mahu Realisasi Manifesto

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bersyukur atas keputusan yang diperoleh pada Sabtu.

MGPerak: Peratusan Mengundi Kurang Faktor BN Gagal Capai 18,000 Undi

Peratusan keluar mengundi kurang daripada 75 peratus menjadi faktor Barisan Nasional (BN) gagal mencapai sasaran 18,000 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

MGPerak: Ahmad Maslan Semarakkan Suasana Kemenangan BN Dengan Pantun Istimewa

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan, menceriakan suasana dengan menyampaikan pantun istimewa sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Semangat kebersamaan dan budaya terus disemarakkan dalam setiap pertemuan. - MGPerak

MGPerak: Ustaz Yusri Berjaya Kekalkan BN Di Ayer Kuning

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu.

MGPerak: Saarani, Ustaz Yusri Raikan Kemenangan Tidak Rasmi BN

Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meraikan kegembiraan bersama calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri selepas keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning BN mendahului selepas kesemua 67 saluran telah selesai dikira di Command Center BN di Kampung Haji Tahir, Tapah. - MGPerak

MGPerak: Kemenangan Ayer Kuning Bukti Kerjasama Erat BN – PH

Kerjasama erat antara Barisan Nasional (BN) bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) dibuktikan apabila calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak