Cucu Bekas MB Perak, Wan Mohammad Afiq perkasa belia Perak

PADA Mac 2021, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah buat jululung kalinya memperkenankan dua belia dilantik sebagai anggota dalam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), dan salah seorangnya adalah Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah.

Pemuda yang berusia 25 tahun itu kini merupakan individu penting dan bertanggungjawab mengemudi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Belia 4B Perak, sebagai pengerusi sejak setahun lalu.

Penerima Anugerah Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-15 itu juga, kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master dalam bidang pengurusan di universiti sama.

Menurut Wan Mohammad Afiq, minatnya dalam dunia kesukarelawanan dan berpersatuan mula timbul ketika berada di bangku tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Pengerusi Belia 4B Perak, Wan Muhammad Afiq Wan Aris Fathillah pada sesi temu bual bersama wartawan MG Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

“Pada awalnya saya hanya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO, tanpa menjadi ahli. Namun lama-kelamaan, minat untuk bergerak dalam badan persatuan itu timbul.

“Individu yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan aktiviti berpersatuan ini adalah Penasihat Gerakan Belia 4B Tambun, Datuk Mohd Hussin Abdullah.

“Alhamdulillah, walaupun susah sembilan tahun, saya masih seronok untuk terlibat dalam aktiviti berpersatuan ini. Malah, ahli keluarga juga banyak memberi sokongan dan dorongan saya,” katanya ketika ditemui MG Perak.

Peranan bersama MAIPk

Wan Mohammad Afiq, berkata perkenan Sultan Perak ke atas lantikan wakil belia di dalam MAIPk disifatkan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan golongan belia.

Katanya, sepanjang dua tahun menyandang jawatan tersebut, antara inisiatif yang telah beliau laksanakan adalah mewujudkan gelanggang silat di masjid seluruh Perak.

Menurutnya lagi, usaha berkenaan juga mendapat reaksi positif dalam kalangan semua pihak terutama kepada persatuan-persatuan seni bela diri itu.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah pada Sesi Percambahan Minda sebagai Calon Lantikan Ahli Majlis MAIPk pada Mac 2021. foto WAN AFIQ

“Melalui inisiatif ini, peserta bukan sahaja dapat mempelajari ilmu tentang seni mempertahankan diri, malah dapat memgimbangi dengan bersolat jemaah serta mendalami Islam melalui kuliah dan akademi al-Quran yang diadakan di masjid.

“Di samping itu, usaha berkenaan juga menggalakkan anak-anak muda yang menyertainya untuk turut terlibat sama dalam aktiviti masjid lain seperti gotong-royong,” ujaranya.

Projek Kenegaraan : Saya Anak Malaysia

Cucu kepada Menteri Besar Perak ketujuh, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh itu memaklumkan melalui Gerakan Belia 4B pula, dia ada mewujudkan program kenegaraan iaitu Saya Anak Malaysia yang menyasarkan semua sekolah di Perak.

Katanya, usaha berkenaan bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah di samping memberi pendedahan kepada mereka terhadap tokoh-tokoh penting dalam pentadbiran kerajaan.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Foto aktiviiti Projek Kenegaraan : Saya Anak Malaysia di SMK Jelapang Jaya pada Oktober lalu. foto WAN AFIQ.

“Empat elemen dalam inisiatif Projek Kenegaraan : Saya Anak Malaysia, iaitu kenegaraan, kepimpinan, kesukarelawanan, dan kompetitif. Setakat ini, program berkenaan telah berjaya melibatkan 10,500 pelajar dari 87 sekolah di negeri ini.

“Melalui program Projek Kenegaraan : Saya Anak Malaysia ini, Gerakan Belia 4B Perak akan menerangkan secara khusus kepada pelajar sekolah antaranya tentang konsep Raja Berperlembagaan, dan meningkatkan pengetahuan mereka terhadap kepimpinan-kepimpinan kerajaan negeri,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pada tahun hadapan, Gerakan Belia 4B Perak akan meluaskan usaha berkenaan kepada institusi pengajian tinggi di seluruh negeri.

Wan Mohammad Afiq, berkata ketika ini pihaknya sedang mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh pentadbiran negeri bagi mendapatkan input atau maklumat terkini yang dapat disampaikan kepada peserta dalam usaha Projek Kenegaraan : Saya Anak Malaysia itu.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah bergambar bersama peserta Kem Kepimpinan Kenegaraan : Saya Anak Malaysia bersama SMK Wira Jaya pada September lalu. foto WAN AFIQ

 

Kerjasama bersama KPDN Perak

Wan Mohammad Afiq memberitahu, selain program berbentuk kenegaraan, Gerakan Belia 4B Perak juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri melalui program anak angkat yang dijalankan di Kota Tampan, Lenggong baru-baru ini.

Program yang memasuki siri ketiga pelaksanaanya itu melibatkan 55 peserta dari 16 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Pada masa sama, berkata pihaknya kini sedang dalam rangka kerja untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

“Baru-baru ini Gerakan Belia 4B Perak telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Gerakan Pengguna KPDN Negeri.

“Untuk itu, kami telah mengemukakan satu kertas kerja bagi menjalankan projek bertemakan kepengunanan, iaitu Saya Pengguna Bijak. Inisiatif ini kami menyasarkan untuk memperkasakan kelab pengguna sama ada di sekolah mahupun IPT,” katanya.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Pengerusi Belia 4B Perak, Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah pada sesi temu bual bersama wartawan MG Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Jambatan antara rakyat dan kerajaan

Wan Mohammad Afiq berkata, ketika ini Gerakan Belia 4B Perak terdiri lebih daripada 150,000 kenggotaan yang mana angkanya terus meningkat dari semasa ke semasa.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak itu berkata, pertubuhan belia mampu menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat di akar umbi.

Kata Wan Mohammad Afiq, misalnya, gerakannya mendapat kerjasama baik dengan Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Foto kumpulan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Negeri Perak 2023. Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. foto WAN AFIQ

“NGO memerlukan punca kuasa bagi menjalankan apa-apa program dan untuk itu, NGO amat memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri.

“Melalui usaha dua entiti itu, ia akan membantu pertubuhan-pertubuhan belia ini memberi fokus kepada usaha pembangunan belia di peringkat akar umbi di seluruh negeri.

“Kami bukan sekadar penyumbang idea, malah kami turut menjadi ejen penggerak kepada program-program yang mendekatkan antara masyarakat dan kerajaan,” katanya lagi.

Kelebihan dengan berpersatuan

Ujar Wan Mohammad Afiq, aktiviti berpersatuan mampu memberi nilai tambah kepada anak muda khususnya yang ingin berjaya bukan sahaja di IPT malah ketika melangkah dalam alam pekerjaan.

Katanya, kejayaan pelajar di IPT tidak hanya dinilai melalui sijil akademik, malah ia turut mengambil kira terhadap penglibatan atau kegiatan mereka dalam badan pertubuhan belia yang memberi impak kepada masyarakat dan negeri.

Pegawai Penerangan di Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak itu berkata, aktiviti berpersatuan membantunya untuk meningkat keyakinan diri dalam berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Negeri Perak 2023. foto WAN AFIQ
anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia anak muda belia perak belia 4B Perak gerakan belia
Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah bergambar bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas menerima Anugerah Tuanku Canselor USAS 2022. foto PEJABAT SUK PERAK.

“Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, kita sudah dapat memahami bagaimana sistem berorganisasi dalam pejabat itu berfungsi.

“Malah sebagai Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak, ia membantu saya untuk menjalinkan hubungan atau ‘networking’ dengan pelbagai pihak. Ia meningkatkan kemahiran komunikasi sosial saya.

“Oleh sebab itu, anak muda harus menceburi dengan bidang berpersatuan di samping mengimbanginya dengan akademik yang baik,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sektor pertanian perlu diremajakan untuk tarik belia

TONTON VIDEO:

MGPerak: Cucu Bekas MB Perak, Wan Mohammad Afiq Perkasa Belia Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI