Dakwaan ADUN PN sokong kerajaan disifatkan provokasi murahan

IPOH – Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bahawa terdapat beberapa ADUN dari Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Perak disifatkan sebagai satu provokasi murahan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan itu dan ia tidak memberi apa-apa perubahan kepada blok pembangkang.

“Kita tidak melayan provokasi politik murahan macam ini kerana ia tidak ada kepentingan untuk negara, jadi kita tak layanlah.

“Selain itu, kita tak tahu daripada mana (sumber) dan pada anggapan kita ini adalah provokasi. Cuba dia (Muhamad Arafat) namakan siapa (yang didakwa sokong kerajaan).

“Setakat ini kita di pihak pembangkang, masih kukuh dan kalau yang menyokong (kerajaan negeri) ia tidak menjejaskan apa-apa keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung dakwaan Muhamad Arafat bahawa terdapat beberapa ADUN dari pembangkang yang menyokong kerajaan negeri di Pejabat Ketua Pembangkang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Razman berkata, ADUN pembangkang lebih memberi keutamaan kepada isu-isu rakyat kerana Perak mempunyai undang-undang yang mengawal ADUN-ADUN ini.

“Kita hanya tumpu kepada isu-isu rakyat seperti isu beras tempatan yang tiba-tiba tiada dan harga barang yang makin mahal, itu isu yang menjadi keutamaan kepada kita,” jelasnya.

Terdahulu, Muhammad Arafat mendakwa terdapat tiga ADUN dari blok pembangkang bakal menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

3 ADUN PN didakwa akan sokong Kerajaan Perak

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI