Dua maut nahas MPV, kereta di Lenggong

LENGGONG – Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah kereta di Jalan Baling – Kuala Kangsar berhampiran Restoran Tasik Raban di sini petang ini.

Mangsa maut dikenali sebagai Zuraida Abu Bakar, 47, dan Melvindar Singh Gamum Singh, 41.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.57 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Honda Odyssey yang dinaiki enam wanita dipercayai guru dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki.

“Seorang penumpang belakang Honda Odyssey, wanita berusia 47 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan.

“Pemandu Toyota Vios, lelaki berusia 41 tahun, turut disahkan maut dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, pihak bomba kemudian melaksanakan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dengan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada KKM untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 6.12 petang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kereta terbabas, langgar pembahagi jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI