Empat beradik ditinggalkan, bapa mengaku bersalah di mahkamah

IPOH – Seorang bapa dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati melakukan pengabaian terhadap empat orang anaknya di Kampung Gajah, dekat sini, 23 November lalu.

Tertuduh, Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Kamarul Kamil didakwa melakukan pengabaian terhadap empat kanak-kanak berusia 11 tahun, enam tahun, tiga tahun dan 10 bulan sehingga 11 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan Kampung Gajah, Perak Tengah sekitar jam 10.44 pagi pada 23 November lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh diperintahkan melakukan khidmat masyarakat antara 36 jam hingga 240 jam dan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Evangelin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas kesalahan itu adalah serius.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Februari 2024 sebagai sebutan semula bagi keputusan kes dan lantikan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sebelum ini, MalaysiaGazette Perak melaporkan empat beradik yang berusia 10 bulan hingga 11 tahun iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali di Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah.

Bagaimanapun, polis menahan seorang lelaki dan wanita dipercayai bapa dan ibu kepada empat beradik terbabit ekoran laporan polis yang diterima daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah berkait empat beradik yang ditinggalkan sebelum ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu bapa empat beradik ditinggalkan ditahan polis

Empat beradik ditinggalkan bapa bukan dihalau nenek

 

 

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI