Ibu bapa empat beradik ditinggalkan ditahan polis

PARIT – Seorang lelaki dan wanita dipercayai bapa dan ibu kepada empat beradik yang ditinggalkan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perak Tengah di Kampung Gajah telah ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, penahanan lelaki dan wanita tersebut dibuat ekoran laporan polis yang diterima daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah berkait empat beradik yang ditinggalkan sebelum ini.

“Susulan kejadian berkenaan pihak polis telah membuka kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 33(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki membiarkan kanak-kanak terbabit tanpa pengawasan yang sewajarnya.

“Hasil siasatan juga mendapati semua kanak-kanak terbabit telah ditinggalkan oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru.

Artikel Berkaitan:

Empat beradik ditinggalkan bapa bukan dihalau nenek

Ibu bapa empat beradik ditinggalkan sedang dikesan

“Kanak-kanak berkenaan telah ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentabdiran Kerajaan Perak Tengah di Kampung Gajah pada 23 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Hafezul berkata, ekoran daripada itu pihak polis telah menahan suspek pertama yang merupakan seorang lelaki pada Isnin, manakala suspek wanita pula ditahan sehari selepas itu iaitu pada Selasa.

Menurut Hafezul pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru milik suspek lelaki yang dipercayai digunakan untuk membawa empat beradik berkenaan sebelum ditinggalkan.

“Kita juga turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek wanita berkenaan dan kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan berkait kejadian ini dan orang awam dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita yang tidak sahih sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat setempat,” katanya. – MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI