Ibu bapa empat beradik ditinggalkan sedang dikesan

BUKIT GANTANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengenal pasti ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah, pada Khamis.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin berkata, pihaknya sudah menerima maklumat awal berkenaan perkara itu namun usaha bagi mengesan waris kesemua kanak-kanak itu masih lagi berjalan dengan melibatkan bantuan polis.

empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Puan Nor Tipah Majin pada sidang media di Majlis perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“JKM masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut. Ini kerana kita tidak mahu membuat sebarang tindakan secara terburu-buru khususnya apabila menerima sebarang maklumat.

“Atas semangat kerja sosial, JKM mahu memastikan mereka yang benar-benar bertanggungjawab dapat menjaga kanak-kanak tersebut supaya hak dan kepentingan mereka terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi, Trong, dekat sini, pada Sabtu.

empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Puan Nor Tipah Majin hadir dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

Dalam pada itu, Nor Tipah berkata empat kanak-kanak kini itu berada dalam keadaan baik dan stabil di bawah penjagaan sementara JKM.

Menurutnya pihak JKM juga sedang melakukan pemantauan rapi bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Di samping itu, beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap perkara berkenaan kerana dibimbangi akan menganggu proses siasatan.

empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak empat beradik kanak-kanak ditinggalkan pondok perak tengah kampung gajah Bota dihalau nenek empat beradik dihalau kampung gajah kampung kuchai JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Puan Nor Tipah Majin menyampaikan pingat kepada pemenang di Majlis perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“Ada dakwaan mengatakan mereka ini tiada dokumen dan sebagainya. Dan perkara itu kita akan semak kerana ada pelbagai spekulasi diberikan berkaitan hal kanak-kanak ini.

“Justeru pada masa ini, JKM mengambil langkah untuk kenal pasti dahulu maklumat berkaitan keluarga mereka. Jadi kami mohon untuk beri masa dan ruang kepada agensi terlibat menjalankan siasatan,” katanya.

Media melaporkan empat beradik yang berusia 10 bulan hingga 11 tahun ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali di Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah pada pagi Khamis. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI