Infrastruktur seni muzik di Ipoh sedang dinaik taraf

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sedang dalam usaha menaik taraf infrastruktur berkaitan industri seni termasuk bagi tujuan penganjuran acara kesenian muzik atau konsert di sekitar bandar itu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, walau bagaimanapun ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang untuk disiapkan agar ia benar-benar bersedia untuk digunakan.

Katanya, usaha berkenaan selaras dengan penyenaraian Bandar Raya Ipoh dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik, baru-baru ini.

“Kita sedang dalam proses menaik taraf infrastruktur sedia ada dan membangunkan infrastruktur baharu agar ia dapat merancakkan lagi industri seni di Ipoh khususnya muzik.

“Ada yang masih dalam proses pembinaan dan ada juga yang sedang dalam proses kelulusan tender. Walaupun mengambil masa yang lama, kita menjangkakan ada yang akan siap untuk digunakan dalam tempoh setahun dan dua tahun nanti,” katanya.

infrastruktur muzik ipoh konsert perak ipoh kota muzik ipoh bandar muzik ipoh bandar seni UNESCO UCCN Rumaizi infrastruktur muzik ipoh konsert perak ipoh kota muzik ipoh bandar muzik ipoh bandar seni UNESCO UCCN Rumaizi
Ecxo Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bergambar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Majlis Makan Malam sempena MoU Pelancongan Mesra Muslim Bandar Raya Ipoh, di Hotel MRoof, di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jamuan Makan Malam bersempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelancongan Mesra Muslim di Hotel M Roof, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching; Pengarah Centre for Indonesia-Malaysia-Thailand (CIMT), Firdaus Dahlan; Pengerusi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) Datuk M Nasir serta Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak.

Dalam pada itu, M Nasir berkata pengiktirafan yang diterima Bandar Raya Ipoh sebagai Kota Muzik oleh UNESCO itu disifatkan sebagai sesuatu yang membanggakan.

Ujar beliau, ia dilihat mampu memberi nilai tambah terhadap ibu negeri Perak itu, selepas daripada ‘Nasi Ganja’.

“Ketika Datuk Bandar menemui kami dan menceritakan tentang perkara ini, kami melihat ia sesuatu yang membanggakan dan kami sangat mendukung insiatif itu.

“MACP akan melihat bagaimana kami dapat membantu merancakkan lagi industri muzik di Ipoh dan kerjasama antara dengan MBI amat diperlukan dalam usaha ini,” jelas penyanyi tersohor tanah air itu.

Pada awal bulan ini, Bandar raya Ipoh dilaporkan disenaraikan dalam UCCN UNESCO bagi kategori Muzik.

UNESCO dalam satu kenyataan media mengumumkan Ipoh sebagai satu daripada 55 buah bandar baharu yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO sempena Hari Bandar Sedunia. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ipoh diiktiraf dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI