Ipoh berpotensi bangunkan industri pembuatan tandas

IPOH – Ipoh mempunyai potensi besar dalam membangunkan industri pembuatan tandas di negara ini, menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Beliau berkata, Ipoh khususnya daerah Kinta dikelilingi sumber mineral yang sesuai digunakan bagi industri pembuatan tandas.

Menurutnya, daerah Kinta mempunyai pelbagai sumber seperti silika, mineral dan tanah liat yang boleh dieskport ke negara Asia Tenggara dan Selatan, memandangkan permintaan yang tinggi.

“Apabila bercakap mengenai industri tandas, ramai yang ketawa tetapi sebenarnya ia boleh menjadi sumber pendapatan utama di negeri ini.

“Malah, kita boleh eksport bahan mineral tersebut ke Indonesia, Thailand kerana kesukaran negara itu untuk mendapatkan sumber mineral seperti silika dan pasir lombong.

“Pelabur juga boleh membina kilang di sini untuk mengeluarkan peralatan tandas malah kita boleh bersaing dengan jenama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulan Oktober di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, pada Selasa.

Media pada Selasa melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, beliau berharap negara dapat mengeluarkan jenama peralatan tandas bertaraf dunia.

Nga berkata nilai pasaran global industri itu adalah kira-kira RM80 bilion dan ia dijangka berkembang sebanyak 7.6 peratus setiap tahun. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Keindahan alam semula jadi batu kapur potensi besar Negeri Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI