Jaslinda ditemui selamat, operasi SAR ditamatkan – Polis

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditamatkan secara rasmi selepas mangsa ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada jam 4.55 petang memaklumkan pendaki yang hilang telah ditemui.

Menurut beliau, mangsa ditemui seorang penduduk Orang Asli Nazri Eng dari Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh, Tapah.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar di Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh Tapah, sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal dan makanan.

“Pihak polis telah membuat pengesahan penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa.

Jaslinda Saludin ditemukan selamat Jaslinda Saludin ditemukan selamat Gunung Batu Putih pendaki wanita operasi SAR Tapah hilang 15 hariPendaki hilang Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, pendaki wanita hilang Tapah, operasi SAR Jaslinda, Gunung Batu Putih Tapah, Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, pendaki ditemukan selamat, SAR Tapah
Jaslinda Saludin, 49 dilaporkan selamat selepas ditemukan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Foto media sosial.

“Sehubungan itu, operasi SAR yang bermula pada 24 Mei lalu ditamatkan secara rasmi setelah mangsa berjaya ditemui dengan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Alwi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat orang asli dan orang awam yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi berlangsung.

Media sebelum ini melaporkan Jaslinda telah menyertai pendakian ‘Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain bersama dua malim gunung pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu dengan melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, pendaki wanita itu dikatakan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pendaki Jaslinda ditemukan selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI