Jaslinda temukan nota ‘please stay satu tempat, orang ramai mencari akak’

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang 15 hari sebelum selamat ditemukan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh pada Sabtu ada menemukan dua keping nota yang ditinggalkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Nota yang ditulis pada dua kertas berasingan itu antaranya tertulis ‘Kak Jas please stay satu tempat. Orang ramai mencari akak. “Hafiz”’, serta ‘ Kak Jas semua orang tengah cari akak. “Hafiz”. Minta stay di satu tempat. Hari Ke 7”.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, nota-nota berkenaan dikongsikan Jaslinda kepada pihak bomba, pada Sabtu.

Katanya, dua nota yang telah ditemukan Jaslinda itu ditinggalkan oleh oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang dikenali sebagai ‘Hafiz’ ketika berada di kawasan pencarian di Kem Air Busuk.

“Nota berkenaan ditinggalkan oleh MGP Hafiz di Kem Air Busuk semasa beliau membuat pencarian di kawasan berkenaan.

“Ia di mana fokus pencarian yang bermula dari Pos Musoh ke Kem Air Busok pada hari berkenaan iaitu 30 Mei, Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Sabarodzi berkata, walau bagaimanapun Jaslinda dipercayai sampai ke kawasan tersebut pada 5 Jun lalu.

Jaslinda bersama 13 peserta lain serta dua MGP menyertai aktiviti pendakian ‘Trans Spencer Chapman’ pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu dengan melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Seorang pendaki lelaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan telah berhenti berehat bersama seorang MGP serta Jaslinda.

Walau bagaimanapun, pendaki wanita itu yang dipercayai mengalami sakit pada bahagian kaki telah meneruskan perjalanan bersendirian tanpa MGP menuju ke puncak Gunung Batu Putih pada 24 Mei.

MGP memaklumkan bahawa itu adalah detik kali terakhir dia melihat Jaslinda sebelum hilang tanpa dapat dikesan kira-kira jam 7.30 pagi pada hari tersebut.

Semalam, Jaslinda berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh, di sini kira-kira jam 3 petang.

Pendaki wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Tapah pada jam 9.20 malam bagi menerima rawatan kesihatan susulan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pendaki Jaslinda ditemukan selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI