Kadar pengangguran Mei 2026 kekal 3.0 peratus, cecah 513,400 orang

KUALA LUMPUR – Tenaga buruh terus menunjukkan momentum peningkatan pada Mei 2026, naik 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.34 juta orang (April 2026: 17.33 juta orang).

Sehubungan itu, kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus, sama seperti bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya, bilangan penganggur merekodkan peningkatan 0.3 peratus, mencecah 513,400 orang (April 2026: 511,800 orang).

Kadar pengangguran Mei kekal pada 3.0 peratus, seperti bulan yang lalu.

Bilangan penduduk bekerja terus meningkat pada Mei 2026, dengan pertambahan marginal 0.1 peratus merekodkan 16.82 juta orang (April 2026: 16.82 juta orang).

Dari perspektif sektor ekonomi, sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah guna tenaga pada bulan tersebut, dengan aktiviti perdagangan borong dan runcit; aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman; serta maklumat & komunikasi meliputi sumbangan terbesar dalam guna tenaga.

Sektor utama lain, termasuk pembuatan, pembinaan, pertanian, dan perlombongan & pengkuarian, turut mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada Mei 2026.

Sementara, blangan penduduk di luar tenaga buruh pada Mei 2026 meningkat sedikit 0.04 peratus kepada 7.10 juta orang, berbanding bulan sebelumnya (April 2026: 7.10 juta orang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI