Kanak-kanak dan remaja lelaki ditahan pecah masuk kedai alatan memancing

TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai alatan memancing di sekitar Jalan Changkat Jong, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kedua-dua suspek ditahan menerusi dua serbuan berasingan selepas Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menjalankan siasatan dan risikan susulan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai pada 30 Julai lalu selepas mendapati premis berkenaan telah diumpil dan dipecah masuk.

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah peralatan memancing telah hilang dengan anggaran kerugian kira-kira RM8,000.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada penemuan dan rampasan semula sejumlah barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Kok Lian, kedua-dua suspek telah direman dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI