Kelindan lori telur ayam maut, rempuh belakang treler

BERUAS – Seorang kelindan lori muatan telur ayam maut selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler di kilometer (km) 237.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, dekat sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan nahas jalan raya itu pada jam 3.35 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar diatur gerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 km dari balai.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati nahas jalan raya melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori muatan telur ayam yangt melanggar bahagian belakang treler.

“Akibat daripada itu, pemandu lori muatan telur berusia 23 tahun mengalami kecederaan ringan. Sementara seorang kelindan lori warganegara Nepal tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Ujar Sabarodzi, pasukan bomba kemudian menggerakkan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Kata beliau, mangsa cedera diserahkan kepada pasukan perubatan, sementara mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Sukardi Mohamed itu tamat pada jam 4.05 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua maut, lori dinaiki langgar belakang treler

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI