‘Kemungkinan ada NR-REE di tempat selain Hulu Perak’

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan selain yang berada di Hulu Perak.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia memerlukan kajian dan maklumat terperinci daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak termasuk berkenaan apak berpotensi bagi NR-REE di Ulu Slim, dekat Tanjung Malim.

“Bumi Negeri Perak sememangnya ada pelbagai sumber bahan mentah mineral yang mempunyai nilai tinggi dan berharga, cuma Perak tidak mempunyai bahan mineral bauksit.

“Bagi mineral-mineral yang sedia ada di sini, ia sama ada berekonomi atau tidak untuk diekstrak sahaja. Kalau hendak bawa keluar (diekstrak ), ia memerlukan kos yang sangat mahal.

“Jika ia tak berbaloi (tidak mendatangkan hasil atau keuntungan untuk negeri) maka, tidak guna untuk kita ambil.

“Namun, jika hendak meneroka sumber ini, ia perlu mendapat khidmat nasihat daripada JMG terlebih dahulu kerana jabatan itu yang akan menentukan anggaran berapakah nilai sesuatu bahan mineral tersebut,” katanya.

NR-REE Hulu Perak Gerik Saarani Mohamad menteri besar MB Perak NR-REE Hulu Perak Gerik Saarani Mohamad menteri besar MB Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS) di Hotel Weil, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS), di Hotel Weil, dekat sini, pada Rabu.

JMG Perak dalam laman Facebook rasminya memaklumkan telah membawa delegasi Japan International Cooperation Agency (JICA) melawat ke tapak berpotensi NR-REE di Ulu Slim pada Isnin lepas.

Taklimat ringkas yang dikemukakan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Negeri, Mahat Sibon berkenaan potensi NR-REE di atas tapak seluas kira-kira 100 hektar.

Bulan lalu, MG Perak melaporkan Perak menerima royalti bernilai RM21.1 juta hasil daripada projek rintis perlombongan Projek Perintis NR-REE Lantanid di Mukim Kenering, Gerik, dalam tempoh 10 bulan ini.

AHTV Tanjung Malim DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd Proton City saaarani mohamad menteri besar perak perak tanjung malim
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (TRAS) di Hotel Weil, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 DISEMBER 2023.

Dalam perkembangan berasingan, seramai 30 pelajar Anak Angkat Cikgu Saarani dan 120 pelajar menyertai Tuisyen Intensif Daerah Kinta di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) itu, diraikan pada majlis

Program TRAS adalah inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu pelajar Tingkatan 4 sesi persekolahan 2022 yang berpotensi cemerlang.

Pada majlis itu, YBUDR telah memperuntukkan sebanyak 35 komputer riba dan 115 telefon pintar untuk diagihkan kepada 150 pelajar yang diraikan.

Ia sebagai penggalak semangat serta motivasi untuk mereka memberikan yang terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak terima royalti RM21.1 juta hasil projek NR-REE

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI