Perak terima royalti RM21.1 juta hasil projek NR-REE

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerima royalti bernilai RM21.1 juta hasil daripada projek rintis perlombongan Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) Lantanid di Mukim Kenering di Gerik, dalam tempoh 10 bulan ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, ia menjadi sangat bernilai selepas kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan pusat pemprosesan nadir bumi itu yang secara tidak langsung akan mewujudkan aktiviti industri hiliran yang menyumbang kepada sektor industri baharu.

Katanya, satu kelebihan buat Perak apabila negeri ini sudah melalui proses selama dua tahun yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Atom sehingga akhirnya memperoleh kebenaran melakukan kerja-kerja mengekstrak NR-REE.

“Selain itu, Perak sedang mendapatkan peluang supaya diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memulakan kerja-kerja mengorek dan mengasingkan bahan-bahan ini dan saya percaya ia akan beri pendapatan agak lumayan.

“Dalam satu pembentengan di Kuala Lumpur sebelum ini, saya dimaklumkan NR-REE yang ada di dalam bumi di Perak ini bernilai sekitar RM41 billion,” katanya.

perak nr-ree pelaburan lombong kenering nadir bumi lantanid perak nr-ree pelaburan lombong kenering nadir bumi lantanid perak nr-ree pelaburan lombong kenering nadir bumi lantanid perak nr-ree pelaburan lombong kenering nadir bumi lantanid
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, dekat sini, malam tadi.

Antara turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd Rahim; Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; serta Ketua Eksekutif Pusat Pengurusan Pelaburan Perak (InvestPerak), Mohamad Hashim Abdul Ghani.

Justeru itu, Saarani menyambut baik sekiranya ada pihak pelabur yang menyatakan minat dalam turut terlibat dalam industri NR-REE di Perak yang mana ia memberi pulangan lumayan.

“NR-REE ini sangat bernilai apabila Persekutuan tidak membenarkan Perak mengeksportnya sebelum ia diproses. Ia bermakna, kita harus melakukan proses pengasingan dan sebagainya dalam negara ini.

“Ini secara langsung mewujudkan satu peluang pelaburan dan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di Negeri Perak khususnya yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan nadir bumi itu,” katanya lagi.

Projek Perintis NR-REE yang dilaksanakan di kawasan seluas 84.6 hektar telah memulakan operasi pada bulan Oktober tahun lalu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak peroleh kelulusan luaskan operasi lombong NR-REE -Saarani

 

MGPerak: Perak Terima Royalti RM21.1 Juta Hasil Projek NR-REE

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI