Perak peroleh kelulusan luaskan operasi lombong NR-REE – Saarani

SERI ISKANDAR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk memperluaskan kawasan operasi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) lantanid di Mukim Kenering, Gerik. 

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia melibatkan kawasan berkeluasan daripada 87.4 hektar kepada 2,160.6 hektar selain ia turut mendapat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA). 

Berhubung makmal analisis mineral yang dicadangkan, Saarani berkata ia masih di peringkat dasar dan dijadual dibina bermula tahun hadapan. 

“Makmal ini dibina oleh sebuah syarikat SPV (Special Purpose Vehicles) yang dikongsi bersama tiga entiti iaitu Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC Perak). 

“Setakat ini baru peringkat dasar. Tahun depan kita akan mula setelah segala kelulusan dan prosedur dipatuhi. Ia mengambil masa panjang dan modal agak besar,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media Program ‘Tanya Cikgu Saarani’ bersempena dengan Program Mesra ke Daerah Perak Tengah, di UiTM Cawangan Perak, di sini pada Isnin. 

Program tersebut dihadiri lebih daripada 200 peserta yang  terdiri antaranya daripada kalangan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej vokasional, dan guru.

Sebelum ini Saarani dilaporkan berkata Perak akan membina makmal menganalisis NR-REE pertama di negara ini. – MGPerak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI