KKM rancang digitalkan buku derma darah

IPOH – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang dalam mendigitalisasikan buku derma darah bagi memudahkan penderma darah mengakses maklumat pendermaan di samping dapat menarik lebih ramai penderma darah daripada golongan muda.

Aplikasi tersebut akan memudahkan para penderma memantau tarikh pendermaan terakhir, tarikh pendermaan darah seterusnya, maklumat mengenai pendermaan terkini, lokasi pendermaan darah dan kempen pendermaan darah bergerak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, fasiliti pendermaan darah tersebut bakal diwujudkan kerana KKM ingin mensasarkan golongan muda yang berumur 17 hingga 24 tahun sebagai pelapis penderma darah baru.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan hadir ke Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

“Kumpulan penderma darah yang kecil akan semakin berkurangan disebabkan usia dan faktor-faktor lain sekiranya tiada penglibatan yang lebih dari masyarakat.

“Saya percaya platform ini adalah masa hadapan baharu kita dalam cara kita mengurus dan menyokong aktiviti pendermaan darah di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, EXCO Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan dan Pengarah Pusat Negara Darah Negara, Mohammad Masrin Md Zahrin.

Dalam pada itu, tema sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Tahun inu adalah “Meraikan Sambutan Ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia : Terima Kasih, penderma darah!”.

Menurut Radzi, seramai 79 orang penderma darah dan 22 penganjur kempen derma darah disenaraikan sebagai penerima anugerah.

“Tahun ini juga kita mempunyai kategori baru iaitu anugerah khas penderma muda.

“Prestasi anda semua adalah satu pencapaian yang patut kita banggakan dan semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menjadikan aktiviti pendermaan darah sebagai sebahagian dari cara hidup demi menyelamatkan nyawa pesakit,” ujarnya. – MG Perak.

Artikel Berkaitan: 

KKM kenal pasti 10 bidang kritikal diperlukan negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI