Lebih 1,000 iringi perjalanan terakhir Allahyarham Norfarahimi

LARUT – Lebih 1,000 orang terdiri daripada keluarga, saudara mara dan orang awam menyambut ketibaan jenazah Pegawai Waran II, Norfarahimi Mohammad Saedy, 41, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat sini, malam tadi.

Jenazah, Norfarahimi tiba sekitar jam 7.50 malam diiringi suami, Pegawai Waran I, Muhd Faizul Kameh, 42, ke tanah perkuburan tersebut.

Suasana suram dan hiba mengiringi ketibaan Allahyarhamah Norfarahimi yang dihadiri ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai termasuk penduduk kampung.

Ahli keluarga diberi peluang membuka keranda bagi menatap wajah jenazah Norfarahimi untuk kali terakhir.

Lebih 1,000 iringi perjalanan terakhir Allahyarham Norfarahimi
Jenazah Pegawai Waran II Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nurfarahimi Mohd Suady disemadikan dalam istiadat tentera laut. di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor, malam tadi.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Anak sulung Allahyarhamah, Muhd Alif Farhan,16, bersama adiknya, Nur Alwani Fatihah, 12, kelihatan menangis sambil dipeluk oleh bapa mereka sejurus jenazah Allahyarhamah dibuka.

Muhd Alif turut dilihat bersama-sama turun ke liang lahad untuk mengambus pusara ibunya itu diikuti bacaan talkin oleh adik bongsu Allahyarhamah, Mohamed Amir Mohammad, 33.

Sebelum, pengebumian berakhir istiadat penyerahan panji-panji kepada waris mangsa yang dilakukan Laksamana Pertama Ts Shaiful Bahari Baharuddin.

Pengebumian yang dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan tradisi tentera laut itu selesai sekitar jam 9 malam.

Lebih 1,000 iringi perjalanan terakhir Allahyarham Norfarahimi
Jenazah Pegawai Waran II Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nurfarahimi Mohd Suady disemadikan dalam istiadat tentera laut di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor, malam tadi.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Semalam, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec (M502-6) dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

10 jenazah nahas helikopter TLDM dibawa pulang ke kampung masing-masing

Senarai 10 mangsa nahas pesawat helikopter TLDM terhempas di Lumut

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI