Lelaki cedera, MPV terbakar 95 peratus dalam nahas

LUMUT – Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbakar di Jalan Lekir–Manjung dekat Sitiawan selepas Plaza Tol Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.07 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dengan bantuan BBP Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian dan tiba lapan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah MPV jenis Toyota Alphard sedang marak terbakar hampir keseluruhannya selepas dipercayai terbabas, melanggar pembahagi jalan dan terjatuh ke dalam cerun sedalam kira-kira satu meter.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Akibat kejadian itu, kenderaan berkenaan musnah hampir 95 peratus,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, komander operasi mengadakan pernilaian situasi dan mengaplikasikan konsep RECEO sebelum anggota menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.20 tengah malam dan tamat jam 12.59 tengah malam,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sebuah SUV terbakar dalam nahas lima kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI