Meritrokasi perlu dikekalkan, jamin kesakmaan kepada golongan miskin – Anwar

PUTRAJAYA – Meritrokrasi masih penting dalam memberi peluang kepada yang terbaik namun ia perlu diseimbangkan dengan keadilan sosial kepada golongan miskin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, meritrokrasi masih perlu dikekalkan bagi mengelak kesenjangan dalam usaha menjamin golongan miskin mendapat peluang sama rata.

Sebab itu, jelas beliau, kerajaan melaksanakan sistem berteraskan meritokrasi namun tetap mempertahankan keadilan atau prinsip ‘Justice as Fairness’.

“Merit itu ada keterbatasannya kerana merit itu setelah dipilih di kalangan yang paling berjaya. Kita mahu keadilan tetapi fairness. Semalam satu hari saya di Kapit termasuk di rumah panjang, perumahan dan masyarakat.

“Kita hendak harap sekolah di Kapit bersaing dengan sekolah terbaik di Kuala Lumpur? Dan perkiraan merit yang dianggap adil tetapi adakah ia fair? Dia tidak adil sebenarnya.

“Sebab itu ada pertimbangan yang perlu diberikan iaitu merit sebahagiannya dan keadilan sosial supaya berlaku kesakmaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Kemiskinan Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bantuan kerajaan perlu ditangani sebaik mungkin bagi mengelak sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan.

Perdana Menteri berkata, kebergantungan berterusan bukan penyelesaian mutlak khususnya dalam memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.

“Kadang-kadang pelaksanaan dasar itu baik, kita bantu, tapi ia tidak membantu memerdekakan mereka dalam ekonomi.

“Bantu sekadar hidup, kemudian kekal bergantung kepada penguasa,” katanya. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI