IPOH – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendedahkan terdapat pemilik premis yang gagal mengabaikan kerja pengosongan tangki septik secara berjadual sehingga 20 tahun.
Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, pihaknya mengesan terdapat premis yang gagal menjalankan kerja nyahenap cemar walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK). – MGPerak





