MGPerak: Air Sungai Perak Bertukar Biru: Perak Tunggu Laporan JMG, JAS Sahkan Punca

73

IPOH – Perak menunggu laporan kajian daripada jabatan berkaitan sebelum mengesahkan punca kejadian air Sungai Perak di Kampung Bukit Amarikan, Gerik yang bertukar warna kebiruan sejak Jumaat lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang menjalankan siasatan lanjut bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di lokasi berkenaan pada Sabtu.

Katanya, badan tersebut mempunyai bidang kuasa serta kepakaran teknikal bagi menentukan kandungan air berkenaan selepas sampel air telah diambil untuk kajian makmal. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini