PERNAH bergelar asnaf bukan tiket untuk sentiasa meraih simpati daripada masyarakat, sebaliknya pemilik syarikat Akak Lejen Ventures, Siti Zahirah Ismail, 48, bangkit dan memulakan perniagaan berkonsepkan vendor bagi membebaskan dirinya terus berada dalam kepompong kemiskinan.
Ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata ini mula berniaga selepas menyertai program mentor mentee anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada tahun 2018. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak