MGPerak: Anak Penjual Kuih Penerima Anugerah Tuanku Canselor, USAS

207

KUALA KANGSAR – Jerih perih seorang wanita menjual kuih-muih bagi membesarkan empat cahaya mata terbayar apabila anak sulungnya, Mohamed Aiedil Putera Sulaiman, 26, dipilih menerima Anugerah Tuanku Canselor, pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16, di sini pada Sabtu.

Bagi Roni Patina Sarani, 50, kejayaan Mohamed Aiedil yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan itu, merupakan hadiah paling bermakna dan terindah sepanjang hidupnya bergelar sebagai seorang ibu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini