MGPerak: Autisme Bukan Halangan Rayqal Bukti Potensi Dalam Sukan Berkuda

2

MINAT mendalam seorang remaja autisme terhadap kuda sejak berusia sembilan tahun akhirnya membuka jalan kepada perkembangan positif dalam kehidupannya apabila aktiviti berkuda yang pada awalnya sekadar terapi, kini menjadi antara rutin yang paling digemarinya.

Aryan Rayqal Abadi Mohamad Shaiful Rizal atau lebih mesra disapa Rayqal, gemar menonton video berkaitan kuda di YouTube dan mampu menghafal nama-nama haiwan itu, khususnya kuda dari Indonesia sejak kecil, sehingga menjadikan minat berkenaan sebagai sebahagian daripada dunia hariannya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusing berusia 14 tahun itu turut menyimpan hasrat untuk menjadi professional horse jumper di dalam dan luar negara. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #sukanberkuda #professionalhorsejumper

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini