IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan Ipoh bukan sekadar membawa tanggungjawab sebagai ibu negeri sebaliknya juga menjadi cerminan kepada semua pihak.
Menurut beliau, Ipoh memikul peranan sebagai cerminan pertama kepada Negeri Perak sama ada kepada pelabur, pelancong, komuniti perniagaan, pelajar, penjawat awam mahupun rakyat dari daerah lain yang datang berurusan di bandar raya ini. – MGPerak





