Cucu kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau akan merindui dendangan lagu Cek Mek Molek yang sering dinyanyikan penyanyi legenda tanah air kepadanya melalui panggilan telefon sebelum ini.
Norhasliyana Hassan, 33, berkata datuknya itu disifatkan sebagai individu yang amat menyayangi kesemua sembilan cucu dan dua cicitnya.
Norhasliyana berkata, arwah juga sudah kurang untuk senyum seperti kebiasaan selepas tahap kesihatannya merosot sejak Mac lalu.
Katanya, dia sekeluarga ada merancang untuk membawa M Daud untuk mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur, namun hajat itu tidak kesampaian apabila insan tercintanya itu menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin.