MGPerak: Diabaikan Majikan, 86 Warga Asing Tiada Pekerjaan Diselamatkan JTK Perak

146

IPOH – Seramai 86 warga asing yang diabaikan majikan diselamatkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam tiga operasi berasingan di Perak, yang dijalankan serentak pada Isnin.

Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Bersepadu yang menyasarkan kawasan pembinaan itu berjaya menyelamatkan 52 warga asing di Ipoh, 17 di Sitiawan serta 17 di Tapah.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, daripada jumlah itu, kesemua mereka didapati merupakan warganegara Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada perakuan penginapan pekerja, kegagalan melapor penggajian pekerja asing serta warga asing yang masuk secara sah berpermit tetapi tidak diberikan pekerjaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini