IPOH – Kesatuan Eropah (EU) menyalurkan geran berjumlah RM9.5 juta kepada Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, geran tersebut akan digunakan untuk menjalankan kajian terhadap daya tarikan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan maritim serta memaparkan data-data mengenai kesesuaiannya sebagai sebuah pusat logistik dan pengangkutan antarabangsa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak