MGPerak: Gelombang Solidariti Palestin Mesti Sentiasa Disemarakkan Termasuk Kalangan Bukan Islam

160

Semarak Dakwah Negeri Perak (Semarak) merancang untuk meneruskan pelbagai siri program dan aktiviti bagi merancakkan kempen solidariti terhadap rakyat Palestin dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, Fairuz Hafiz Othman berkata, justeru itu pihaknya tidak menolak program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan malam tadi akan terus diperluaskan ke seluruh negeri.

Katanya, usaha itu perlu diadakan memandangkan gelombang solidariti terhadap Palestin dilihat semakin pudar dalam kalangan segelintir masyarakat, sedangkan negara itu setiap hari terus dizalimi rejim Zionis Israel.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini