IPOH – Seorang guru praktikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Mifdzal Mohd Zalani Sham, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut kesemua pertuduhan dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun tiga bulan yang merupakan pelajarnya. -MGPerak





