IPOH – Sistem perekodan kokurikulum guru secara manual dihapuskan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, susulan itu pihak sekolah diberikan autonomi dalam menguruskan perekodan kokurikulum mengikut kesesuaian sebelum mencatatkan maklumat kokurikulum murid dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Katanya, sistem PAJSK itu juga perlu disepadukan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memperkemas dan meningkatkan lagi kecekapan urusan agar lebih sistematik. -MGPerak





