IPOH – Keputusan Kabinet dalam membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan siri perbincangan yang berlangsung kira-kira 40 tahun yang lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana ia telah dibincangkan sejak beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu
Katanya, meskipun keputusan itu dibuat, kerajaan menetapkan syarat tegas iaitu pelajar lepasan UEC perlu lulus atau memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakkan mereka mengikuti pengajian di universiti awam. -MGPerak





