TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak dua minggu lalu, bertahan hidup dengan meminum air embun dan memakan tumbuhan liar sepanjang berada di dalam hutan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa turut memaklumkan tidak minum air selama tiga hari sebelum bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup. -MGPerak





