MGPerak: Kami Bukan Nak Rumah Percuma, Tapi Potonglah Gaji Kami! – Rintihan Pekerja Ladang

242

IPOH – Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) memohon Perak untuk melaksanakan skim yang mewajibkan syarikat perladangan menyediakan pemilikan rumah bagi pekerja ladang tempatan yang bersara untuk memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Nasional JSML, R Karthiges berkata, ini kerana ketika ini tiada sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan syarikat perladangan untuk menyediakan kediaman kepada mereka.

Katanya di bawah skim yang diberi nama Skim Perumahan Pekerja Peladang yang dirangka, JSML mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan syarikat perladangan mengenakan potongan gaji kepada pekerja sebagai kaedah untuk pemilikan rumah selepas bersara atau kaedah ‘rent to own’.

#malaysiagazetteperak #mgperak #pekerjaladang

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini