MGPerak: Keganasan Rumah Tangga Di Perak Menurun, 405 Kes Direkodkan Setakat Jun 2026

75

IPOH – Perak merekodkan penurunan 248 kes keganasan rumah tangga bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini apabila hanya 405 kes direkodkan berbanding 653 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sebanyak 1,116 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang tahun lalu di negeri ini.

Beliau berkata, penurunan kes yang dicatatkan menunjukkan masalah keganasan rumah tangga di Perak berada dalam keadaan terkawal. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini