MGPerak: Keputeraan Sultan Perak: Syed Danial, Wan Suraya Antara 213 Penerima Darjah Kebesaran

96

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mendahului senarai 213 penerima Darjah Kebesaran serta Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Syed Danial adalah penerima Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, darjah sama turut dikurniakan kepada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation, Datuk Lim Kok Cheong @ Lim A Heng.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Nor Azmie Diron pula menerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim adalah antara lapan individu yang dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini