MGPerak: Keracunan Makanan SK Chepor: Pengusaha Kantin Bakal Didakwa Di Mahkamah

27

IPOH – Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat susulan kes keracunan makanan melibatkan 134 murid termasuk seorang guru dan kakitangan sokongan yang berlaku pada 25 September lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, pengusaha kantin terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini