MGPerak: Kerajaan Diminta Tambah Baik Akta Kerja 1955, Beri Tumpuan Kesihatan Mental Pekerja

46

Kerajaan diminta untuk menambah baik melalui pindaan Akta Kerja 1955 supaya ia mampu memberi tumpuan menyeluruh kepada isu kesihatan mental golongan pekerja.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, walaupun akta berkenaan telah menjalani pindaan terkini pada tahun 2022, namun perkara berhubung isu berkenaan tidak disentuh secara khusus.

Katanya, justeru Akta Kerja 1955 dilihat masih mempunyai kelemahan dalam membela nasib pekerja terutama yang berdepan dengan risiko dibuang kerja kerana masalah kesihatan mental yang dihadapi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini