MGPerak: Kerajaan Perak Sedia Tampung Kos Naik Taraf Surau, Kantin SRAR Al Siddiq

267

Kerajaan Perak bersedia untuk menampung kos menaik taraf surau dan kantin Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Siddiq di Taman Seri Iskandar, di sini dengan jumlah RM400,000.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sementara cadangan bagi pembinaan bangunan kelas baharu dua tingkat yang berjumlah RM2.5 juta akan dipanjangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam melalui menteri bertanggungjawab, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini