Sultan Perak terima zakat perniagaan RM16.8 juta bagi pihak MAIPk

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM16,861,352.52 daripada 11 syarikat korporat untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, di Kuala Lumpur pada Isnin.

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili oleh Chief Regulatory & Stakeholder Management Officer, Datuk Shamsul Ahmad dengan jumlah RM6,356,000 manakala Lembaga Tabung Haji diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Hamadah Syed Othman dengan jumlah RM6,214,543.09.

Turut menyerahkan zakat ialah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim berjumlah RM1,060,000 disusuli Bank Rakyat berjumlah RM773,987 yang diserahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria.

Pengerusi FGV Holdings Berhad yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa turut menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM707,199.00.

Selain itu, sebanyak RM500,000 diserahkan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nor Azman Zainal bagi tujuan zakat perniagaan.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Datuk Mohamed Rafique Merican juga menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM437,597.51.

Turut menyampaikan zakat ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd Rosli Basri dengan jumlah RM249,428.19.

Agrobank yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM241,303.47 diikuti Chief Economist & Social Finance Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dengan jumlah RM221,294.26 dan diakhiri Public Islamic Bank Berhad yang diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi dengan jumlah RM100,000.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim; Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI