LAP terima Anugerah Zakat Kebangsaan

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) menerima Anugerah Zakat Kebangsaan bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Peringkat Kebangsaan bagi tahun ini, pada Rabu.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2023, di Hotel Zenith, Putrajaya.

Menurut kenyataan berkenaan, ia disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Piago kepada Pengurus Besar LAP, Datuk Ishak Abd Rahman serta dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Suhaimi Yusoff.

“LAP merupakan pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak dan secara konsisten telah membayar zakat selama 16 tahun dengan rekod jumlah bayaran terkumpul RM86.5 juta.

“Selain membuat pembayaran zakat sepenuhnya kepada MAIPk, LAP turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan bantuan pendidikan kepada kakitangan LAP dan anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya lagi, sumbangan LAP menerusi Program Back To School dan Program Tuisyen kepada rakyat Perak dalam golongan B40 turut menjadi kriteria utama bagi dipilih menerima anugerah berkenaan.

Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh JAWHAR turut mempertandingkan Anugerah Kategori Akademik, Usahawan Asnaf, Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.-MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak terima zakat perniagaan RM16.8 juta bagi pihak MAIPk

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI