Normalisasi diplomatik, perdagangan dengan Israel perlu ditamatkan

IPOH – Segala normalisasi diplomatik dan perdagangan dengan Israel perlu ditamatkan, kata Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Khairul Azwan Harun.

Menurutnya, ini berikutan tindakan keji rejim Zionis yang berterusan merampas tanah-tanah dan rumah kediaman milik rakyat Palestin.

Katanya, selain itu mereka turut membina penempatan haram bagi penduduk Yahudi selain mengadakan sekatan ekonomi, perjalanan, makanan dan ubatan terhadap rakyat
Palestin.

“Rakyat Palestin perlu diberikan kembali hak-hak mereka termasuk hak keluar masuk ke Masjid Al-Aqsa serta tempat-tempat suci yang lain tanpa gangguan dan sekatan.

“Justeru, negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri dan hanya sekadar mengecam tindakan keji dan kejam rejim Zionis.

“Sudah tiba masanya bagi negara Islam seperti Saudi Arabia, iran, Mesir, Turki, Qatar, Indonesia termasuk Malaysia bertindak dan bersama membantu rakyat Palestin secara lebih serius untuk memperkuatkan mereka bagi menentang kekejaman Rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata UMNO Bahagian Pasir Salak turut mengambil inisiatif menggerakkan Tabung Sumbangan Rakyat Palesrun bagi membantu mereka yang terkesan dengan kekejaman Israel. – MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI