MGPerak: Kontraktor Mengaku Tidak Bersalah Guna Dokumen Palsu Mohon Tender Pembersihan

125

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Selasa di atas lima pertuduhan melakukan pemalsuan dokumen dalam permohonan tender perkhidmatan pembersihan pada 2016 dan 2017.

Tertuduh, Yunus Abdullah, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menipu menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun CIMB Islamic Bank bagi tarikh 31 Mei, 31 Jun dan 31 Julai 2017 milik Lembah Larut Interprise di mana dia mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Sementara itu, bagi dua pertuduhan berasingan pula, tertuduh didakwa menipu menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun Maybank bagi tarikh 31 Mei dan 30 Jun 2016 milik Mega MH Resources dengan mengarahkan Muhammad Sofi untuk meminta penyata akaun bank.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini