MGPerak: Lebih 200 Hadir Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Hari Keputeraan Sultan Perak

298

KUALA KANGSAR – Lebih daripada 200 jemaah yang hadir ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada Jumaat.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Ubudiah, di sini sekitar jam 12.30 tengah hari.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Exco serta ketua-ketua jabatan dan agensi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini