IPOH – Daerah Muallim mencatatkan jumlah penduduk wanita tertinggi di Perak, malah turut tersenarai antara daerah di negara ini yang merekodkan nisbah penduduk wanita lebih tinggi berbanding lelaki.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, perkara itu disedari selepas beliau meneliti data berkaitan jumlah warga menua dan jumlah pengundi di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah mula mengambil tindakan dengan memberi ruang kepada wanita di daerah berkenaan untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka menerusi pelbagai program. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





