MGPerak: Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Hari Ke-11

54

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih sejak 11 hari lalu, diteruskan pada pagi Rabu.

Tinjauan di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini mendapati pasukan SAR giat digerakkan ke lokasi pencarian di kawasan gunung berkenaan.

Difahamkan, seramai 10 anggota pasukan pencarian telah dibawa masuk ke kawasan operasi, manakala 23 anggota lagi akan dibawa keluar. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini